Ketupat Sotong Terengganu
Assalamualaikum semua , okay harini adda nak kongsikan resipi makanan tradisional orang Terengganu , mungkin ramai yang tidak tahu makanan ini berasal dari Negeri Terengganu , ini lah ketupat sotong ia juga dipanggil sotong sumbat , makanan ini sangat lah mudah dan semestinya sedap .
Bahan-bahan
- 7-8 ekor sotong bersaiz besar – dibuang tulang, pundi dakwat dan dibersihkan. Toskan.
- Secawan beras pulut, dibersihkan dan direndam selama 60 minit.
- Satu camca teh biji halba.
- 4 ulas bawang merah – dihiris halus.
- Sedikit halia.
- Garam, gula dan serbuk perasa.
Cara-cara memasak
- Cuci beras pulut hingga bersih dan toskan .
- Sumbatkan atau masukkan beras pulut ke dalam sotong ( anggaran 2/3 daripada ruang dalam badan sotong) tak boleh disumbat penuh kerana beras pulut akan mengembang.
- Gunakan lidi untuk dicucuk pada bahagian atas sotong bagi mengelakkan beras pulut terkeluar.
- Panaskan empat atau lima cawan air dalm periuk kosong. Masukkan halba, bawang dan halia ke dalam periuk tersebut.
- Apabila mendidih,masukkan sotong ke dalam air rebusan secara tersusun.
- Didihkan sehingga 20 minit atau sehingga pulut di dalamnya masak.
- Masukkan santan ke dalam periuk berisi sotong tadi. Masak sehingga santan hampir kering barulah masukkan gula dan garam sekucup rasa.
- Matikan api dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.
Comments
Post a Comment